Thursday, October 6, 2011

A World vs One Man

Tubuh Kristus:

Kita adalah sebahagian daripada tubuh Yesus. Peranan dan tanggungjawab kita yang masing-masing yang berbeza antara satu sama lain menandakan kita berada di ‘organ’ yang berbeza di dalam tubuh Kristus, namun kita tetap dapat bersatu kerana kita berada di dalam tubuh yang sama. Tetap, mengapa walaupun ktia berada di dalam tubuh Yesus yang kudus, kadang-kadang kita mengalami kerosakan, kelukaan, dan perselisihan faham? Dan kadang-kadang mengalami pergaduhan?

Pengertian:

Setiap orang percaya harus melalui penderitaan bersama Yesus, sehingga kuasa penyaliban itu nyata di dalam hidup orang-orang percaya. Sepertimana keadaan tubuh Yesus sewaktu Dia berada di dalam penderitaan, manusia berusaha menghancurkan tubuh-Nya dengan memukul diri-Nya, merobek-robek daging tubuh itu, sehingga tubuh yang sebelumnya sempurna itu menjadi satu tubuh yang menjijikkan dan tidak sempurna, berlumuran dengan darah yang suci. Penderitaan yang sangat perit itu telah menjadikan tubuh-Nya sudah tidak bermaya lagi. Namun, Dia masih mampu memikul salib-Nya naik ke atas bukit Golgota dan Dia disalibkan di situ. Meskipun Dia dimaki hamun, diludah, disebat, dan diserang dengan bermacam-macam tuduhan, sehingga diri-Nya seakan-akan sampah pada pandangan dunia, namun Dia masih tetap kuat untuk berhadapan dengan semuanya itu, kerana Dia tahu tugas-Nya belum selesai, sehinggalah Dia menghembuskan nafas-Nya yang terakhir dengan tubuh-Nya tergantung di atas kayu salib. Saya sangat mengagumi kehebatan-Nya menghadapi semuanya itu. Sewaktu Tuhan membawa saya untuk mengalami hal ini sewaktu saya melakukan saat teduh saya bersama Yesus, Tuhan menyatakan kepada saya salah satu hal yang menjadikan Yesus sedemikian kuat, iaitu kerana kesatuan roh-Nya dengan Bapa yang di Sorga. Oleh kerana kesatuan itulah Yesus mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan semua siksaan ke atas diri-Nya. Oleh kerana kesatuan itulah juga Yesus mendapat pengharapan yang menggunung bahkan sangat besar melebihi semesta alam yang memampukan Dia untuk terus melangkah dengan setianya ke tempat penyaliban, kerana Dia tahu, selepas Dia melakukan kehendak Bapa, Dia akan diberi mahkota kehidupan. Setiap orang percaya sudah dijanjikan satu Mahkota Kehidupan oleh Tuhan, Raja di atas segala raja, apabila mereka melakukan kehendak-Nya dengan setia.

Setelah mengalami hal ini, Yesus membawa saya untuk mengerti lebih dalam lagi tentang penderitaan yang telah dialami-Nya. Dia menyatakan bahawa keadaan-Nya itu menggambarkan tentang kehidupan orang-orang percaya di dalam dunia yang fana ini. Kita tahu bahawa Yesus adalah Tuhan, dan Dia juga adalah putera sulung Allah. Namun, meskipun Dia sangat perkasa melebihi segala keperkasaan di muka bumi, tetapi mengapa Dia harus menderita? Dia ingin menyatakan sebenarnya bahawa orang-orang percaya harus melui penderitaan bersama Yesus. Bagaimana kita boleh mengalaminya? Memang kita sudah mengalaminya. Di Malaysia, kita sering dituduh ingin merebut takhta kerajaan negara dengan cara menyebarkan Injil Keselamaan, dan apabila lebih ramai orang Kristen di negara ini, maka Perdana Menteri beragama Kristen boleh dilantik; seperti juga Yesus mengalami tuduhan yang sama sewaktu Dia dituduh ingin merebut takhta Herodes, sewaktu Dia dilahirkan, kerana terdapat di dalam kitab para nabi bahawa Yesus adalah Raja Israel dan Yahudi, sehingga Herodes berusaha untuk membunuh-Nya, namun tidak kesampaian. Di negara lain seperti China dan Indonesia, siksaan berat berupa pembunuhan dan penyiksaan dilakukan dengan tidak berperikemanusiaan ke atas orang-orang percaya; seperti juga Yesus mengalami penyiksaan yang lebih kurang sama pada hari-hari terakhir kehidupan-Nya sebagai manusia. Ada banyak lagi gambaran yang jelas tentang maksud kehidupan, pekerjaan, pelayanan, penderitaan, dan kematian Yesus kepada dunia. Saya sudah kerap mendengar tentang kehidupan Yesus melalui kothbah, audio, video, drama, dan lakonan juga. Namun pada hari ini Yesus benar-benar membawa saya mengalaminya sendiri. Bukan mengalaminya secara fizikal, tetapi secara roh. Dalam keadaan sedar saya diberi peluang untuk mengalaminya dan menyedarinya. Sungguh saya kagum dan hairan akan kehebatan Yesus.

No comments:

Post a Comment