Sunday, August 2, 2009

Kebaikan Tuhan Yesus

Shallom.. Sebelum anda meneruskan pembacaan, saya ingin bertanya, pernahkah kamu merasakan hadirat Allah dalam hidup kamu sebelum ini? Pernahkah kamu merasakan pertolongan-Nya itu terjadi ke atas kamu pada waktu kamu memerlukkan-Nya? Kamu boleh meninggalkan jawapan kamu di dalam ruangan "comment" blog ini.

Ya, Tuhan Allah, Bapa kita yang di Sorga itu selalu memberikan kita nikmat pertolongan dan berkat serta perlindungan kepada kita sebagai orang-orang yang percaya. Dia bahkan tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun. Dia itu tidak pernah tidur kerana Dia ingin menjaga kita supaya kita, anak-anak-Nya tidak langsung dikacau oleh Iblis si Penjahat itu. Kita juga tahu bahawa Alkitab juga ada menyatakan hal seperti ini berulang-ulang kali kalau kamu ada membacanya. Tuhan itu sebenarnya amat berkuasa, lebih berkuasa daripada segala-galanya yang berada di bawah kolong langit dan di seluruh alam semesta. Dialah Alfa dan Omega, yang dari selama-lamanya sampai selama-lamanya. Pernah tidak kamu menonton filem Harry Potter? Iron-Man? Transformer? Atau kalau anak-anak kecil itu pastinya suka menonton Power Rangers, Batman, Ultraman, dan Gaban kan? Pasti semasa kamu menonton tayangan-tayangan seperti itu kamu sangat teruja dengan kekuatan, kehebatan, dan kekuasaan yang ditunjukkan oleh hero-heronya bukan? Apalagi kalau semua hero itu digabungkan sekali untuk menentang musuh-musuh mereka, pasti kuasanya sangat luar biasa. Bumi pun barangkali boleh hancur kalau mereka semua bersatu. Kalau kita lihat dalam filem-filem itu, orang-orang sekeliling amat mengharapkan pertolongan mereka kerana mereka dapat menumpaskan musuh-musuh yang menakutkan. Nah, sekarang cuba kita bayangkan Yesus Kristus yang merupakan hero di atas segala hero yang ada di dunia mahupun dalam imginasi kamu. Dia telah melingkupi kamu dengan kuasa-Nya, melawan musuh-musuh untuk kamu, memagari kamu dengan darah-Nya dikala kamu terlena, menghiburkan kamu disaat kamu terluka atau sedih, menguatkan kamu dikala kamu lemah, kecewa, patah hati, gelisah, dan hampa, menyembuhkan kamu daripada segala penyakit, dan memberikan kamu makanan dan minuman yang secukupnya pada setiap hari. Kebaikkan-Nya itu tidak terhitungkan oleh kita sebagai manusia yang fana ini. Tetapi, disebalik kebaikan yang dicurahkan-Nya ke atas kita, ramai jiwa yang tidak tahu bersyukur kepada-Nya.

Saya berseru kepada kita semua agar sentiasa mensyukuri segala sesuatu yang kita hadapi di dalam hidup kita yang fana ini. Tuhan memberkati.